Selasa, 27 Julai 2010

PERKUBURAN


::GAMBAR PERKUBURAN CHRISTIAN DI LARUT MATANG::

perang laut..

Perang Larut Pertama
Menjelang tahun 1861, persaingan di antara pelombong bijih dari kongsi Go-Kuan dan kongsi Si-Kuan panas membara dan meledak menjadi peperangan terbuka di antara kedua kongsi tersebut dalam bulan Julai 1861. Perang ini dipanggil Perang Larut. Pihak British melihat Perang Larut sebagai satu gangguan kepada bekalan bijih timah mereka.
Punca Perang adalah perbalahan mengenai kawalan ke atas saliran sungai ke lombong bijih. Sumber air penting untuk proses perlombongan bijih timah kerana kaedah perlombongan palong digunakan. Kerana tidak puas hati, kumpulan Ghee Hin di Klian Baru diserang oleh kumpulan Hai San di Klian Pauh.
Gangguan bekalan timah menyebabkan pedagang Cina di Pulau Pinang, yang membuat pelaburan besar di dalam industri perlombongan bijih, merasa rimas dan resah, kerana perniagaan mereka kini terjejas. Mereka membuat aduan kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk mengambil tindakan memulihkan keadaan. Tetapi oleh kerana perjanjian 1826 menetapkan supaya Perak ditadbir mengikut adat dan resam Kesultanan Perak, pihak British tidak dapat campur tangan melainkan meminta supaya keamanan dipulihkan agar bekalan bijih timah tidak terganggu.
Akhirnya, disebabkan tekanan daripada peniaga-peniaga di Pulau Pinang, Gabenor Negeri-Negeri Selat Kolonel Cavenagh masuk campur dan memaksa Ngah Ibrahim bertindak menenangkan keadaan. Ngah Ibrahim, bagi pihak Sultan Perak, terpaksa membayar $17,447 sebagai ganti rugi kepada kumpulan Ghee Hin
[sunting]Perang Larut Kedua
Walaupun terpaksa menerima damai, kumpulan pelombong masih tidak berpuas hati. Keadaan tegang bagaikan retak menunggu belah. Masalah yang paling kcil akan mencetuskan perbalahan besar. Dalam bulan Jun 1865, Perang Larut Kedua meletus, kali ini dicetuskan oleh perbalahan semasa berjudi oleh kumpulan ahli-ahli kongsi gelap.
Kumpulan Hai San menawan 14 orang ahli Kumpulan Ghee Hin sebagai tebusan, dan akhirnya membunuh 13 orang daripada mereka. Tebusan terakhir berjaya melepaskan diri dan memberitahu kejadian kepada kumpulannya. Kumpulan Ghee Hin membalas dendam dan menyerang perkampungan Hai San, dan membakar bangunan did alam kampung itu dan membunuh 40 orang penduduk. Sekali lagi, bekalan bijih terganggu. Perbalahan merebak sehingga ke Seberang Perai dan Pulau Pinang, dan kumpulan kongsi gelap selain Kumpulan Ghee Hindan Kumpulan Hai San turut terlibat. Siasatan yang dijalankan pentadbir British mendapati kedua-dua Kumpulan Ghee Hin dan Kumpulan Hai San bersalah kerana mengganggu keamanan Pulau Pinang dan masing-masing dikenakan denda $5,000 dan beberapa pemimpin mereka di buang negeri.
[sunting]Perebutan kuasa
Dalam tahun 1871, Sultan Ali, paduka Sultan Perak mangkat dan mengakibatkan perebutan kuasa di kalangan 3 orang pembesar Melayu, iaitu Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah.
[sunting]Perang Larut Ketiga
Ngah Ibrahim bersungguh-sungguh mahu mengawal keadaan dan mengambil seorang pegawai Inggeris, Kapten Tristam Speedy untuk membantunya mentadbir Larut dengan aman supaya peniaga di Pulau Pinang tidak merungut dan pihak British tidak memberikan tekanan politik. Kapten Tristam Speedy sebelum itu adalah Penguasa (Superintendent) Polis di Pulau Pinang, dan mempunyai rekod cemerlang sebagai seorang pegawai tentera di India, Ceylon dan Afrika. Namun usaha Ngah Ibrahim tidak berhasil.
Perang Larut Ketiga tercetus akibat satu skandal melibatkan Lee Ah Khun, seorang pemimpin Ghee Hin dengan isteri kepada anak saudaraChung Keng Quee. Selepas perhubungan mereka diketahui, mereka ditangkap, diseksa dan dimasukkan dalam satu raga yang digunakan mengisi khinzir dan dihumban ke dalam sebuah lombong tinggal dan dibiarkan lemas.
Kumpulan Ghee Hin membalas dengan dengan membawa 4,000 orang pejuang profesional dari negeri China yang dibawa masuk melalui Pulau Pinang untuk menyerang kumpulan Hai San. Buat kali pertamanya, kumpulan Hai San tewas dan diusir keluar dari Klian Pauh, dan 10,000 pengikut Hai San mencari perlindungan di Pulau Pinang.
Ngah Ibrahim membantu Kumpulan Hai San dan akhirnya mendapat semula kawasan perlombongan mereka di Klian Pauh. Dalam masa itu,Raja Abdullah, salah seorang yang merebut jawatan Sultan menyebelahi Kumpulan Ghee Hin menentang Ngah Ibrahim. Perang Larut kini memecahbelahkan pembesar Melayu menjadi puak-puak yang bersengketa. Ini melemahkan kedudukan pembesar Melayu.
[sunting]Perang Larut Keempat
Perang Larut Keempat meletus dalam tahun 1873, kurang setahun selepas berakhirnya Perang Larut Ketiga. Selepas Kumpulan Hai Sandengan bantuan Ngah Ibrahim menguasai semula kawasan lombong di Klian Pauh, Kumpulan Ghee Hin yang disokong oeh Raja Abdullahmenyerang balas dengan pejuang dan senjata yang dibawa dari Singapura dan China.
Harta benda milik Ngah Ibrahim juga turut dimusnahkan dan penduduk Melayu dibunuh dan harta benda mereka dimusnahkan. Kekacauan merebak ke daerah [[Krian], Pangkor dan Dinding. Pembesar Melayu yang sebelum itu menyebelahi kumpulan Cina yang berbalah terperanjat melihat huru hara akibat perbalahan antara dua Kumpulan Cina tersebut. Kemusnahan yang dibawa oleh 40,000 orang Cina yang berbalah membawa padah besar kepada negeri Perak sehingga melibatkan keluarga diRaja Perak.
Peniaga di Pulau Pinang sekali lagi melihat pelaburan mereka hancur lebur akibat perbalahan dan sekali lagi meminta gabenor Negeri-Negeri Selat mengambil tindakan memulihkan keamanan di Perak agar perniagaan mereka tidak kerugian. Dalam pada itu, Raja Abdullahmenyingkir Sultan Ismail daripada takhta Perak dan mentabalkan dirinya sebagai Sultan.
Raja Abdullah pada 30 Disember 1873 mengutuskan sepucuk surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat meminta bantuan British untuk menghantar "seorang yang cukup berwibawa untuk membolehkan kewujudan satu sistem kerajaan yang baik di Negeri Perak". William Pickering dihantar ke Larut untuk merundingkan keamanan dengan kaum Cina yang berbalah dan untuk menerima penyelesaian dan timbang tara British. Sementara itu Frank Swettenham (yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menulis Jawi) dihantar untuk memujuk pembesar-pembesar Melayu menghadiri perjumpaan di Pulau Pangkor.
Keadaan kian tidak terkawal, dan kekecohan membawa padah kepada pembesar Melayu, kaum Cina dan juga kepada pentadbir British di Negeri-Negeri Selat. Keperluan mengamankan semula negeri Perak kini memberikan sebab kepada British untuk masuk campur dalam pentadbiran negeri Perak. Pada 15 Januari 1874

sejarah kota ngah ibrahim

SEJARAH KOTA NGAH IBRAHIM
Ngah Ibrahim merupakan seorang pembesar Melayu yang menjadi penentang dalam campur tangan British di dalam pentadbiran negeri Perak. Dia dituduh bersubahat membunuh Residen British di Perak, dan bersama-sama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin telah dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles. Ngah Ibrahim mati di Singapura dalam tahun 1895.
Sejarah
Nama penuh dan gelaran kebesarannya ialah Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar. Ngah Ibrahim merupakan anak kepada Long Jaafar yang dijadikan Orang Besar Jajahan dengan gelaran Orang Kaya Menteri. Gelaran ini diberikan oleh Sultan Abdullah Mohammad Shah. Long Jaafar juga diberikan kuasa untuk membangunkan daerah Larut. Setelah Long Jaafar meninggal dunia dalam tahun 1857, gelaran dan kuasanya diturunkan kepada Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim mempunyai 3 orang isteri. Isterinya yang pertama adalah anak kepada Laksamana Mohamad Amin.
Ngah Ibrahim membangunkan sebuah kota, yang kini dipanggil Kota Ngah Ibrahim di Matang yang menjadi pusat pentadbirannya. Ngah Ibrahim merupakan Orang Kaya Jajahan, dan mempunyai visi meluas untuk memajukan daerah Larut Matang. Dalam tahun 1872, Ngah Ibrahim telah menggajikan Kapten Tristam Speedy sebagai Setiausaha (Pentadbir) di dalam wilayahnya. Untuk mengerjakan lombong bijih, Ngah Ibrahim mendapatkan perkhidmatan Kapitan Cina yang membawa kuli dari Negeri China.
Disebabkan wilayah Larut menjadi Anugerah Sultan kepada Long Jaafar dan keturunannya, kekayaan Larut tidak dikongsi bersama dengan Kerajaan Perak. Ngah Ibrahim membina sebuah kota di Matang dipanggil Kota Ngah Ibrahim. Di dalam kota tersebut, Ngah Ibrahim membina sebuah rumah besar (kini menjadi bangunan Muzium Matang). Ngah Ibrahim mengadakan sistem pentadbiran moden di wilayah Larut dan mempunyai pasukan polisnya sendiri, dan mempunyai seorang hakim untuk mengadili kes-kes tuntutan, seorang majistret dan juga Bendahari untuk memungut cukai dan mentadbir kewangan wilayah.
Ketegangan juga berlaku kerana wujud kejadian-kejadian yang dicetuskan oleh imigran-imigran China yang semakin ramai. Ini menyukarkan Ngah Ibrahim untuk mengawal keadaan. Untuk mengatasi masalah ini, beliau menubuhkan Pasukan Polis yang dianggotai oleh 40 orang Melayu. Akan tetapi Pasukan Polis ini gagal mengawal kekacauan-kekacauan dan kegiatan kongsi gelap yang dicetuskan oleh orang Cina.
Ngah Ibrahim tahu ia perlu menguatkan pasukan polisnya. Pasukan polis yang diwujudkan oleh Kapten Tristam Speedy dalam tahun 1873 terdiri dari 110 orang anggota Sikh yang diambil dari wilayah Patiala, Ludhiana dan Ferozepur di Punjab, India untuk menjadi Sepoi. [2]Mereka dilengkapkan dengan senapang dan pistol, dan mempunyai 4 laras meriam Krupps.

SEJARAH MUZIUM, TAIPING

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Muzium Perak terletak berhampiran dengan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.

ALAMAK !NAK PERGI PASAR MALAM HARI APA YA ?? TOLONGLAH !!:'(..TUNGGU TUNGGU SAYA TAHU HARI APA..

LIHATLAH JADUAL NI..(:

Night Markets

Location
SundaysKampung Boyan, Simpang (Taman Berkat), Kepala Bukit
MondaysAulong (Taman Pertama)
TuesdaysSimpang (Taman Kota Jaya), Bukit Jana
WednesdaysPokok Assam (Taman Raja Idris),Kamunting (Medan Kamunting)
ThursdaysAssam Kumbang (Taman Saujana Jaya),
Ayer Kuning (Taman Seri Kuning),Tupai (Taman Tupai Mas)
FridaysAulong (Taman Pertama),
Pengkalan Aur (Taman Kaya) , Bukit Gantang (Simpang Tiga)
SaturdaysKamunting (Medan Kamunting), Changkat Jering

Mee Combat @ Larut Matang Hawker Centre, Jalan Panggung Wayang, Taiping, Perak


SEDAPNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!


LAPARNYA LIHAT MEE COMBAT NI..PERGHH...VERY THE ...