Ahad, 25 Julai 2010


KOLAJ ZOO TAIPING

:: hotel seri MALAYSIA ::



:: hotel seri MALAYSIA ::

SERI MALAYSIA MERUPAKAN TEMPAT PENGINAPAN YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN PENJARA TAIPING.SERI MALAYSIA TERDAPAT BANYAK CAWANGAN SALAH SATUNYA IALAH DI TAIPING (LARUT MATANG).SERI MALAYSIA DI TAIPING SUNGGUH MENARIK.KALAU NAK TAHU SERI MALAYSIA DEKAT DENGAN TAMAN TASIK.

STESEN KERETAPI TAIPING


stesen keretapi Taiping merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Taiping,Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar. Stesen ini adalah stesen keretapi yang pertama di Malaysia dibina pada tahun 1882.

[sunting]Sejarah

Stesen Taiping yang dibina pada tahun 1882 di atas di mana Sekolah Rendah King Edward VII sekarang diletak. Ia terbuka secara rasmi pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak yang pertama pada ketika ini.[1][2] Di antara 1890-an ke awal 1990-an, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama. Stesen itu adalah satu daripada stesen aliran landasan keretapi Taiping-Port Weld (sekarang Kuala Sepetang) hingga KTMB memadamkan aliran rel pada 1980-an.

[sunting]Rujukan

Sejarah

Taman Tasik Taiping, Jalan Pekeliling
Sekolah King Edward VII, Sekolah Inggeris Lelaki Pertama
  • 1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir olehMenteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

[sunting]Keistimewaan Taiping

[sunting]Pulau Kelumpang

Pada 1987, Pulau Kelumpang diisytiharkan kawasan bersejarah kerana terdapat artifak 1000 tahun. Artifak ini hasil ekskavasi Jabatan Muzium dan Arkib Negara. Pelbagai artifak purba ditemui. Antaranya tengkorak manusia, rangka manusia,kubur, periuk belanga, manik hiasan dan sebagainya. Semua bahan ini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong.

Kesan-kesan arkeologi Melayu Proto telah dijumpai di Kompartmen 11 seluas 10.3 hektar di Pulau Kelumpang dan mempunyai 5 buah pulau kecil seluas lebih kurang antara 1 hektar hingga 3 hektar. Tapak ini sungguh istimewa kerana merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud diAsia Tenggara.

[sunting]Pasukan keselamatan

Taiping merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh British. 1880-an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan.

Hasil rundingan, Kapten Tristam Speedy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal.

Kebanyakan mereka orang Sikh ini menganggotai :

  • Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884
  • First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896
  • Malay States Guides (MSG) 1896-1919

Ketiga-tiga pasukan ini berpusat di Taiping.