Jumaat, 23 Julai 2010

zoo TAIPING (night safari)





Zoo Taiping dan Night Safari merupakan zoo yang tertua di Malaysia. Pelbagai jenis haiwan yang unik dan menarik ditempatkan di zoo ini. Di zoo ini mempunyai haiwan liar contohnya ular,buaya,harimau dan singga.Tidak ketinggalan juga haiwan yang diggelar haiwan jinak iaitu burung,ikan dan lain lain lagi.

Jika kita melawat zoo ini, kita boleh berjalan kaki atau menaiki trem yang disediakan.Jika kita menaiki trem, penerangan akan doberikan
oleh pemandu trem. Kita boleh melawat tempat yang tidak boleh dilawat oleh trem seperti rumah ular dan taman burung.
Para pengunjung boleh bergambar dengan ular sawa yang terletak di dalam kawasan zoo.Di samping itu kanak-kanak juga boleh bermain ditaman permainan yang disediakan oleh pihak zoo. Terdapat juga sebuah kolam yang terletak berhampiran dengan rumah ular. Kolam itu mengandungi pelbagai jenis ikan seperti ikan koi yang berwarna-warni.CANTIK TAHU!


Di suatu kawasan di dalam kawasan zoo, terdapat sebuak kandang yang bersaiz besar yang menempatkan pelbagai jenis haiwan yang berasal dari Afrika. Kandang ini dikenali sebagai Savanna Afrika. Burung unta, zebra dan bison ditempatkan di kawasan ini.

Di taman burung, terdapat pelbagai jenis burung kecil dan burung besar. Terdapat pelbagai baka burung enggang, sejenis burung yang terancam yang biasanya ditemui di Sarawak Bumi Kenyalang. Bagi peminat haiwan comel, mereka boleh melihat arkus atau lebih dikenali sebagai
guinea pig yang ditempatkan di sebuah sang
kar.Jadi datanglah ke zoo taiping..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan